Terengganu Cycling Team (TSG) mengumumkan barisan pelumba dibarisi Harrif Saleh, Wan Abdul Rahman, Muhammad Nur Aiman, Adne Van Engelen, Vadim Pronskiy dan Mathias Bregnhoj menjelang lima hari sebelum Petronas Le Tour De Langkawi (LTdL) 2025.
Tiga muka sama iaitu pelumba tempatan dikekalkan kali ini untuk membawa cabaran TSG dalam perlumbaan sejauh 1,244.2 kilometer melalui lapan peringkat.
Ia akan bermula di Pulau Langkawi pada 28 September (peringkat pertama) sejauh 96.5 kilometer (km) diikuti peringkat kedua dari Padang Besar, Perlis ke Kepala Batas, Pulau Pinang (170.1km); peringkat ketiga dari Gerik, Perak ke Pasir Puteh, Kelantan (198.2km); peringkat keempat dari Kuala Terengganu ke Kemaman (140.8km); peringkat kelima dari Temerloh ke Bukit Fraser, Pahang (133.7km); peringkat keenam dari Shah Alam, Selangor ke Port Dickson, Negeri Sembilan (123.4km); peringkat ketujuh dari Melaka ke Medini, Johor (214.6km); peringkat kelapan dari Tangkak, Johor ke Kuala Lumpur (180.5km) pada 5 Oktober.
Perlumbaan itu bakal membuka tirau pada 28 September ini hingga 5 Oktober.