Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Salleh, yang bakal membuat penampilan ke-16 dalam Petronas Le Tour de Langkawi tidak mempunyai hasrat untuk bersara daripada kancah berbasikal meskipun sudah mencecah berusia 37 tahun.
Sempena peringkat pembukaan di Langkawi esok, dia merasakan jiwanya tetap kuat bersama sukan ini malah masih berkeinginan tinggi untuk berkayuh.
Namun, 'Mamat' meletakkan segala keputusan di tangan pengurusan TSG jika mereka memerlukan khidmatnya lagi atau tidak.
"Saya masih mahu berkayuh, bergantung kepada keputusan pengurusan.
"Alexander Kristoff yang setahun lebih tua berbanding saya juga masih berkayuh. Mac Cavendish pun menang Le Tour de France pada usia 40 tahun.
"Selagi saya mampu berkayuh, saya sedia menggunakan pengalaman untuk berkhidmat buat pasukan dan membantu pelumba muda," katanya.