Skip to main content

Berbasikal

Petronas LTdL: Hariff Salleh menanti masa sebelum turun berlumba

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ltdl.jpg
'Tiada apa yang mampu menghalang bintang pelumba tempatan ini'

Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Hariff Salleh, atau lebih mesra disapa Mamat, bertekad untuk meneruskan perjuangan dalam Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang akan bermula hujung bulan ini.

Mamat baru sahaja mengalami kecederaan sewaktu Jelajah Binzhou di China apabila terlibat dengan kemalangan menuju 400 meter (m) terakhir. 

Namun, kecederaan yang dialami itu tidak membunuh semangat Mamat untuk terus berkayuh dalam edisi ke-29 itu..

"Setakat ini, belum ada kata putus lagi. 

"Tetapi, saya sendiri sudah melakukan persiapan menjelang LTdL ini.

"Mujur kecederaan ini tidak serius sangat. Ia lebih kepada luka ringan sahaja.

"Saya mahu mendapatkan rawatan dan nasihat doktor terlebih dahulu. 

"Saya sangat bersemangat dan berada dalam keadaan terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Untuk rekod, Hariff Salleh muncul pemegang rekod penyertaan terbanyak dengan penglibatan 14 edisi, satu pencapaian yang mengatasi rekod sebelumnya dipegang pelumba Iran, Ghader Mizbani, iaitu sebanyak 13 edisi.


 

Advertisement

Must Watch Video