Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: Fabio Jakobsen pilihan utama sarung jersi hijau, kata Amir Mustafa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jakobsen.jpg
Olimpian berbasikal lebuh raya kebangsaan, Amir Mustafa Rusli, memberi gambaran jersi hijau Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 akan menjadi milik Fabio Jakobsen dari Belanda.

Tegasnya, pelumba itu memiliki kelebihan daripada segi pacuan ‘explosive’ dan telah membuktikan kejaguhannya dengan memenangi individual stage Tour de France 2022 serta beberapa siri kejohanan di Sepanyol.

Dalam edisi kali ini, Amir Mustafa percaya cabaran paling getir yang akan dihadapi peserta adalah di laluan peringkat ketiga kerana ia mempertaruhkan laluan kedua terpanjang iaitu 198.2 kilometer.

Biarpun anugerah jersi hijau itu pastinya tertumpu dalam kalangan pelumba Eropah, namun pelumba tempatan juga tidak kurang hebatnya dan dia tidak menolak kemungkinan berlaku kejutan daripada pelumba tempatan.

Begitupun, mereka perlu menggunakan strategi tertentu terutama dengan memanfaatkan ‘intermediate sprint’ di setiap peringkat bagi memaksimumkan perolehan mata.

"Di situ kami boleh curi peluang untuk kumpul mata jadi ada peluang untuk kami dapatkan jersi hijau. 




"Selepas laluan menuruni bukit, perlumbaan berbaki 100km. 

"Jadi kami perlu jaga pemecut supaya tidak terlalu kerah kudrat bagi meneruskan peringkat seterusnya," katanya. 

Selain itu, menuju peringkat terakhir perlumbaan kudrat dan keringat Syawal ditagih bagi menempuhi dua lagi laluan yang menawarkan zon pendakian iaitu laluan di Bukit Hantu Ampang dan Bukit Mantin.


 

Advertisement

Must Watch Video