Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: Alexander Kristoff tetap bangga tutup karier dengan gemilang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kristoff.jpg
Antara kisah pengakhiran yang turut tidak dijangka dalam Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini adalah buat legenda berbasikal dunia, Alexander Kristoff.

Sasaran utamanya, melengkapkan 100 kemenangan peringkat sebelum mengakhiri karier dalam LTdL 2025. 

Bagaimanapun, ia tidak kesampaian selepas Kristoff terjatuh di 'feeding zone 1' peringkat 7 dan mengalami kecederaan yang agak serius, sekali gus memaksanya untuk menarik diri dari[ada perlumbaan yang menjadi aksi terakhir dalam karier gemilangnya.

"Cuaca di sini sangat panas dan saya pula memilih untuk memakai sarung tangan jadi apabila terbabit kemalangan, ia hanya memburukkan lagi keadaan. 

"Saya tidak dapat menggenggam hendal dengan baik dan ia menjadi semakin sukar buat saya. 

"Walaupun perlumbaan ini tidak begitu menjadi tapi saya gembira dengan pencapaian sepanjang karier ini.

"Saya mungkin kecewa tidak memenangi sebarang peringkat tetapi begitulah berbasikal, ia boleh berubah sekelip mata," katanya. 

Kristoff melihat kembali kariernya sebagai salah seorang pelumba yang pernah berada di ranking 10 terbaik dunia selaku detik kebanggaan buat dirinya.

Namun, tumpuannya kini pastinya menikmati fasa terbaru kehidupan selepas persaraan.

"Saya menghargai sokongan sepanjang karier ini dan saya gembira dengan pencapaian karier ini.

"Selepas ini saya berpeluang untuk menghabiskan banyak masa dengan keluarga," katanya. 

 
Cycling

Cycling Starter Pack

Dapatkan set baju cycling ini untuk keselesaan maksima - skin-friendly, breathable, sweat-absorbent, not easy to pilling, not easy to deform.


Klik Sini

Advertisement

Must Watch Video