Skip to main content

Berbasikal

Petronas LTdL: Adiq sokong usaha MOTAC ambil alih, harap berlangsung awal musim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ltdl.jpg
Bekas penyarung jersi pelumba terbaik Asia Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016, Adiq Husainie Othman, memuji penganjuran cemerlang di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tiga edisi sebelum ini.

Adiq juga menyokong khabar angin Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mungkin mengambil alih perlumbaan itu bermula 2026 selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) meluluskan penganjuran LTdL untuk tiga tahun lagi.

"Jika ia berlaku, perlumbaan boleh ditingkatkan kepada siri jelajah dunia.

"Dalam masa sama, pelumba tempatan menerusi pasukan kebangsaan boleh bersaing dengan atlet antarabangsa. 

"Ia akan menjadi lebih menarik," katanya.

Adiq juga berharap tarikh LTdL dikembalikan ke awal musim berbanding akhir musim.

Bagi bekas atlet kebangsaan itu, ia dapat menarik lebih ramai pelumba-pelumba hebat dan berkemungkinan juga menerima lebih banyak pasukan dunia yang berminat untuk menyertainya.

"Dahulu, penganjuran tersebut berlaku pada Januari atau Februari.

"Jika ia dikembalikan, ia sangat bagus. 

"Harapnya UCI atau Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dapat mencari tarikh-tarikh sesuai pada awal musim," tambahnya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video