Antara prospek utama pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC), Syawal Mazlin, sedia meluaskan pengaruhnya dalam Petronas Le Tour de Langkawi (PLTdL) 2025, tahun ini.
Memiliki daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat, Syawal sedia menggalas tanggunjawab selaku pakar pendakian pasukan MPC.
Edisi tahun lalu, Syawal muncul pelumba terbaik negara di peringkat ketiga dari Taiping ke Cameron Highlands.
Meskipun laluan PLTdL 2025 tidak melibatkan Cameron Highlands, namun Syawal memiliki kelebihan berlatih di kawasan pergunungan tersebut kerana ia merupakan tempat lahir dan membesar dirinya.
Jadi tidak hairanlah Syawal mempunyai kepakaran sebagai pakar bukit yang akan memacu kecemerlangan MPC khususnya di peringkat ketiga, dengan zon pendakian di Sri Banding dan puncak Titiwangsa.
Selain itu, menuju peringkat terakhir perlumbaan, kudrat dan keringat Syawal ditagih bagi menempuhi laluan di Bukit Hantu, Ampang dan Bukit Mantin -- laluan yang menawarkan zon pendakian.
"Perasaan itu seronok dan membanggakan.
"Ia juga berakhir di kampung halaman.
"Daripada awal saya terpilih saya memang mensasarkan untuk menjadi yang terbaik.
"Fraser Hill masih ada peluang untuk saya dapatkan tempat yang sama," katanya di Nadi Arena.