Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL 2025: Perang pakar pecut!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

emir-ltdl.jpg
Ketua Pegawai Operasi Le Tour de Langkawi, Emir Abdul Jalal, memberikan bayangan bahawa perkara paling menarik yang bakal disajikan kepada peminat perlumbaan itu dalam edisi kali ini ialah perang melibatkan pakar pecut setiap pasukan.

Melihat kepada laluan yang tiada pendakian kelas 'hors', ia memberi ruang besar buat pakar pecut setiap pasukan merebut kedudukan podium dan jersi raja pecut.

Menjelang perlumbaan yang akan bermula pada 28 September ini, semua pasukannya dilihat serius dalam perkara itu dengan menyenaraikan sekurang-kurangnya dua pakar pecut dalam barisan pelumba yang didaftarkan.

"Pakar pecut ada dalam setiap pasukan tahun ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Kalau kita lihat senarai tahun ini, ada pasukan yang menghantar dua pakar pecut dan ada yang menghantar tiga.

"Mereka melihat peluang yang ada dalam LTdL tahun ini, memang lebih kepada laluan landai.

"Kebanyakan pasukan memang lebih fokus kepada pakar pecut."

 

Advertisement

Must Watch Video