Pasukan berbasikal lebuhraya kebangsaan yang diketuai jurulatih, Mohd Yusof Abdul Nasie, melalui perubahan agak besar apabila hampir 50 peratus barisan pelumbanya berbeza dalam PETRONAS Le Tour de Langkawi (PLTdL)dengan barisan edisi lepas.
Yusof juga masih lagi dalam proses pemilihan dengan hampir 10 atlet berada dalam senarainya ketika ini, barisan akhir hanya akan diumumkan selepas sahaja jelajah Negeri Sembilan pada pertengahan September.
"Alhamdulillah, tahun ini semua berjalan dengan lancar dan bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sangat membantu kami dalam persiapan edisi kali ini.
"Tahun ini pemilihan agak terbuka dan banyak muka baharu bila kita kehilangan Muhsin Al Redha Misbah dan banyak pelumba lain.
"Situasi ini bukanlah sesuatu yang bagus tapi memberi ruang untuk skuad Malaysia mencari bakat yang baru untuk diketengahkan.
"Contohnya, ada Ikmal Zarawi yang sebenarnya lama nak bawa masuk dalam skuad negara, tetapi dia cedera, namun Alhamdulillah sekarang dia dah okay jadi kami nak cuba sehabis baik," katanya.

Kembalinya Elmi Jumari dalam skuad kebangsaan ke Le Tour de Langkawi 2025? Atlet muda bakal mengganti slot ditinggalkan Tsen Ren Bao? ?
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) August 30, 2025
Berita lanjut di @ASTROARENA pic.twitter.com/I8otEEh44C