Skip to main content

Berbasikal

Petronas LTdL 2025: Afiq Huznie ubah program latihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ltdl.jpg
Pelumba berpengalaman, Afiq Huznie Othman, ingin menjadikan penampilan dalam PETRONAS Le Tour de Langkawi (PLTdL) 2025 sebagai medan untuk membuktikan dirinya masih antara yang terbaik.

Menjelang 26 hari ke perlumbaan berprestij itu, Afiq tetap mensasarkan kayuhan terbaik untuk terus mencipta nama di pentas antarabangsa.

Sebagai pelumba serba boleh dalam pasukan, ia menjadi tanggungjawab Afiq juga untuk menggunakan pengalamannya membantu barisan pelumba baharu dalam pasukan kebangsaan.

"Campuran pelumba senior dan baharu perlu memperkemas komunikasi. 

"Yang kita perlu ketahui keadaan pelumba selepas beberapa hari perlumbaan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Afiq juga bertindak menukar pelan latihannya kali ini selepas pengalaman dalam edisi lepas, dalam menghadapi laluan yang landai -- tumpuan utama untuk berada dalam peloton hadapan secara konsisten tahun ini.

"Saya cuba mengubah program latihan untuk setaraf dengan atlet lain di laluan itu," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video