Walaupun bukan pencapaian yang sama seperti tahun lalu, namun keputusan yang boleh dibanggakan buat pasukan berbasikal lebuhraya kebangsaan selepas mengambil kira segala yang berlaku dalam Le Tour de Langkawi tahun ini.
Ketua jurulatih Malaysia, Mohd Yusof Nasir, mengharapkan ada bantuan kewangan lebih baik daripada pihak berkepentingan buat mereka supaya boleh melakukan persiapan lebih awal dan dalam masa sama dapat menggilap lebih banyak bakat pelumba tempatan.
Sementara itu, pelumba senior, Afiq Huznie Othman, tidak ingin menjadikan LTdL tahun ini sebagai pengakhiran buat kariernya.
Berasakan dirinya masih mampu berkayuh dalam perlumbaan peringkat tertinggi, Afiq berhasrat untuk berjuang demi memikat hati pasukan-pasukan dalam dan luar negara.
Ammar Hakim
Sun Oct 06 2024