Skip to main content

Berbasikal

Petronas LTdL 2024: Nur Aiman tekad mahu raih penamat terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-aiman.jpg
Peringkat ketujuh saingan Le Tour de Langkawi antara pentas terbaik yang menampilkan kebolehan gandingan duo Nur Aiman dari Terengganu Cycling Team.

Ini apabila kedua-dua mereka tampilkan prestasi cemerlang dengan Nur Aiman Rosli menakluk dua zon pecutan di Suai dan Nyalau manakala Nur Aiman Zariff pula dinobat sebagai 'The Most Combative Rider' di peringkat ketujuh.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dapat menamatkan peringkat ketujuh, ia agak mencabar kerana ia merupakan perlumbaan yang menjangkau 200 kilometer," katanya. 

"Ia merupakan perancangan kami untuk melakukan breakaway dan bersaing dalam kategori pecut dan berusaha untuk mendapatkan kemenangan kategori Most Combative Rider.

"Hujan lebat di permulaan namun secara keseluruhannya ia merupakan hari yang baik.

"Saya menantikan peringkat terakhir esok dan mahu menikmati perlumbaan dan mengelak daripada sebarang kecederaan."

Advertisement

Must Watch Video