Petronas LTdL 2024: Gandingan 'Duo Aiman' senjata baru Terengganu Cycling Team

Saufi Tahir
September 27, 2024 22:58 MYT
Terengganu Cycling Team kali ini tampil dengan ramuan gandingan 'Duo Aiman' dengan penyenaraikan Nur Aiman Rosli dalam pasukan awal tahun ini.
Aiman yang sebelum ini berjaya meraih pelumba terbaik Malaysia di Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun lepas selepas tampil dengan misi berbeza kali ini iaitu menjadikan jersi pelumba terbaik Asia menjadi sasarannya terbarunya.
"Memang saya mahukan sesuatu dalam LTdL tahun ini, saya akan berusaha keras dan gunakan pengalaman saya dalam edisi kali ini," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi Aiman, iaitu Aiman Zariff yang juga bekas pemegang jersi Raja Bukit di LTdL edisi 2020 dan 2022, memasang impian besar untuk sekali lagi menyarung jersi itu walaupun masih mencari rentak selepas pulih daripada patah tangan Disember lalu.
"Untuk tahun ini memang saya ada tanam impian raih Raja Bukit sekali lagi, bukan mudah untuk dapat kali ketiga dan mungkin perlu lakukan lebih lagi usaha daripada sebelum ini.
"Jadi, saya akan cuba lakukan yang terbaik." katanya kepada Nadi Arena.
#LTdL #Terengganu Cycling Team #Nur Aiman Rosli #Petronas Le Tour de Langkawi