Petronas LTdL 2024: Elmi beli basikal guna duit sendiri -- Harrif kongsi detik pahit rakan senegara

Shaiful Shamsudin
Oktober 1, 2024 10:28 MYT
Pelumba berbasikal lebuh raya negara, Harrif Saleh, berkongsi sedih mengenai nasib rakan senegara, Elmi Jumari, termasuk kerosakan jenteranya.
Pelumba Malaysia Cycling Team itu terpaksa dikejarkan ke hospital berikutan terlibat dalam kemalangan menuju ke garisan penamat perlumbaan kedua Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, laluan dari Arau ke Butterworth hingga menyebabkan dia mengalami patah jari telunjuk kirinya.
Harrif, 35, yang mewakili Terengganu Cycling Team (TSG) pula melahirkan simpati dengan kecederaan yang dialami Elmi, malah mendedahkan kerugian yang perlu ditanggung kerana basikal yang dibelinya sendiri dengan harga RM30,000 itu rosak teruk.
Tetapi itulah pengorbanan atlet berusia 34 tahun itu demi memenuhi impiannya mewakili negara.
#LTdL