BERBASIKAL
Petronas LTdL 2024: Bukan tukar bidang sebaliknya jadi persiapan terbaik -- Elmi Jumari
Pakar pecut berbasikal, Mohd Elmi Jumari, kembali semula menyertai Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 untuk bersama skuad kebangsaan selepas kali terakhir berlumba di kejohanan berprestij itu pada 2018.
Sebelum ini, Elmi banyak melibatkan diri bersama aksi berbasikal bukit serta banyak mengambil bahagian dalam saingan jelajah luar, namun menyifatkan ia sebagai latihan sampingan demi mendapatkan prestasi terbaik.
Elmi mempercayai bahawa gandingannya bersama rakan sepasukan mampu memberikan cabaran dan melakukan kejutan.
"Alhamdulillah edisi kali ini jurulatih memilih saya untuk kembali ke skuad kebangsaan.
"Saya tidak berhasrat untuk menukar bidang ke berbasikal bukit sebaliknya menjadikkan itu sebagai latihan bagi persiapan ke LTdL.
"Bagi saya dan pasukan, kami mempunyai misi tersendiri untuk mendapatkan tempat lebih baik dan sekiranya ada peluang, kami mahu memenangi di beberapa peringkat perlumbaan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.