Satu kebanggaan buat pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) apabila pelumbanya, Ahmad Syazrin Awang Ilah atau lebih mesra disapa Black, muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia bagi peringkat keenam Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-23.

Pun begitu, Black menyifatkan dia belum berpuas hati dengan pencapaian tersebut sebaliknya memasang hasrat untuk menggandakan usaha menjelang baki dua peringkat lagi di Sarawak.

"Saya mahu yang terbaik selepas ini tatkala membawa nama Malaysia dan jadikan itu sebagai semangat saya," katanya.