Skip to main content

Permotoran

Petronas Cub Prix: Akid, Khairy Asyraf akui suasana berbeza pertahan gelaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akid-aziz.jpg
Kehangatan makin dirasai sehari sebelum pusingan kelayakan esok apabila Md Akid Aziz dan Khairi Asyraf Mahmood masing-masing berazam mempertahankan gelaran yang dimenanginya dalam Kejuaraan Cub Prix edisi lalu. 

Adakah kita bakal menyaksikan juara sama seperti edisi lalu atau akan berlaku kejutan menjelang perlumbaan yang akan berlangsung Ahad ini? 

Dengan status selaku juara bertahan meskipun menyedari saingan bakal hadir dari pelumba- pelumba lain, namun mereka terlebih dahulu melaungkan semboyan untuk mempertahanjab kemenangan keseluruhan edisi lalu. 

Perang psikologi dari kedua- dua pelumba ini turut memungkinkan penampilan berbeza bakal ditampilkan dalam pusingan kelayakan di Litar Jasin, esok. 

"Dengan spesifikasi baru musim ini, masing-masing belum tahu pelarasan setiap pencabar yang lain.

"Sekiranya saingan tahun lalu tidak banyak pencabar tetapi tahun ini semestinya akan lebih ramai," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Bagi Khairi Asyraf  yang merupakan juara bertahan CP125: "Walaupun ramai pelumba kategori CP150 turun ke CP125 dan ini merupakan cabaran yang perlu saya hadapi, lawan tetap lawan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video