Petronas Cub Prix: Adib Arsyad pamer pacuan bertenaga Wira KBS

Shaiful Shamsudin
September 28, 2024 17:39 MYT
Ulang tahun kelahiran ayahnya menjadi azimat kepada Md Adib Arsyad Mohd Hisam mencipta catatan masa terpantas 46.426 saat dalam sesi pusingan kelapan Petronas Cuba Prix, kelayakan Kategori Wira KBS di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, sebentar tadi.
Berbaki dua pusingan sahaja lagi, Adib yang kini berada di tempat ketiga keseluruhan kategori menganggap tiada apa yang mustahil dalam misi mengejar kedudukan podium.
"Tahun ini kami agak bergelut dalam kategori ini.
"Tetapi saya percaya jentera saya akan lebih memuaskan kali ini," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Sementara, Md Akid Aziz terus membuktikan bahawa dia sukar digugat dalam sesi kelayakan kategori CP150 dengan catatan masa terpantas 44.289s.
Dalam kategori CP125 (A) pula menyaksikan Md Khairi Asyraf Mahmood merekodkan tungganggan terpantas 46.128s, manakala Izam Ikmal yang kini di kedudukan kedua keseluruhan kategori CP125 (B) optimis mengesahkan kejuaraan musim ini selepas mencatat masa terpantas 45.917 saat dalam sesi kelayakan.
"Saya sangat yakin dengan keupayaan jentera ini menuju pusingan akhir.
"Tapi esok kita perlu tengok macam mana (keputusannya) terlebih dahulu," katanya pula.
#Cub Prix #Petronas cub Prix
;