Petinju Thailand betulkan bahu terkehel dalam 10 saat

Husna Zainudin
November 12, 2024 14:55 MYT
Petinju Muaythai Thailand, Wutichok Srichai mencuri tumpuan warganet selepas klik rakaman berdurasi 17 saat dalam aksi Thai Fight tular menyaksikan dia membetulkan bahunya yang terkehel (dislocated) hanya dengan menggunakan tali gelanggang.
Di saat serangan lawan membuatkan aksinya terhenti seketika, petinju yang juga dikenali sebagai Pakthongchai itu mengambil beberapa langkah ke belakang untuk menghampiri tali gelanggang.
Lawan yang seakan terkedu melihat keadaan bahu Pakthongchai terkehel mula diselubungi rasa bersalah.
Bagaimanapun, Pakthongchai dengan tenang meletakkan bahunya di atas tali gelanggang dan tidak sampai 10 saat bahu yang terkehel kembali ke tempat asal, sekali gus bangkit untuk memenangi perlawanan.
Ketenangannya itu mendapat pujian pengulas dan warganet yang mengatakan dia seakan sudah biasa menghadapi situasi tersebut.
#muaythai #Thai Fight
;