Seorang petinju Russia mencetuskan kemarahan selepas dia memberikan vapenya kepada orang utan di taman safari.
Anastasia Luchkina, 24 tahun yang telah mewakili Rusia di peringkat antarabangsa sebelum menjadi profesional bulan lalu, merakamkan dirinya memberikan rokok elektronik miliknya kepada Dana, seekor orang utan betina berusia 10 tahun yang tinggal di taman safari Taigan di Crimea.
Dalam video itu, Luchkina boleh dilihat menyedut 'vape' berwarna merah jambu dan mengeluarkan wap sebelum meletakkan di bibir Dana melalui salah satu lubang di kandang.
Orang utan itu menyedut vape sebelum menghembus kepulan wap. Luchkina kemudian mengulanginya beberapa kali sebelum Dana dapat dilihat menelan hujung vape.
Doktor haiwan taman safari, Vasily Piskovoy, telah mendedahkan bahawa Dana telah jatuh sakit akibat 'vape'.
"Semasa merokok, Dana menanggalkan penutup vape dan memasukkannya ke dalam mulutnya," kata Piskovoy.
"Saya bimbang Dana mungkin menelan penutup itu, kerana plastik ini boleh menyebabkan usus tersumbat dan muntah.
"Hari ini, dia mengalami kesukaran ketika makan, berasa tidak sihat, dan tidur sepanjang hari.
"Jika ada usus tersumbat, maka semua tanggungjawab akan jatuh ke bahu gadis ini. Dana seperti kanak-kanak. Dia akan memasukkan segala-galanya ke dalam mulutnya, dan mungkin menelannya."
Satu kenyataan dari Persekutuan Tinju Russia yang berbunyi, "Persekutuan Tinju Russia menentang merokok dan menyeru untuk merawat haiwan dengan berhati-hati. Insiden ini akan dikawal di bawah suruhanjaya disiplin dan etika, yang akan mengenakan sekatan yang diperuntukkan oleh kod etika.
"Dengan melakukan perbuatan sedemikian, seorang atlet bukan sahaja mencemarkan maruah mereka sendiri, tetapi juga menjejaskan kewibawaan atlet lain, kakitangan kejurulatihan dan setiap orang yang meletakkan usaha mereka ke laluan juara setiap hari.
"Menjadi seorang atlet bukan sahaja tentang pingat dan penghormatan, tetapi juga tentang tingkah laku yang sopan dalam mana-mana situasi kehidupan dan menjadi contoh untuk diikuti."

?? MMA fighter Anastasia Luchkina was caught on video giving a vape to an orangutan at Taigan Park in Crimea.#Viral #Orangutan #Vaping #News pic.twitter.com/yZbh42DhdB
— Breaking News Today (@Trenddetailnews) June 30, 2025