TINJU

Petinju profesional negara mahu lawan Aisar Khaled?

Saufi Tahir 01/12/2024 | 06:13 MYT
Juara Light Heavyweight WBC Asian Continental 2023, Adli Hafidz Mohd Pauzi, memberikan bayangan seolah bakal mengadakan pertarungan bersama pempengaruh, Aisar Khaled.
Ini susulan dia melihat beberapa pertarungan di Byon Combat 4 yang melibatkan individu yang membawa nama negara berdepan lawan dari Indonesia itu.

A post shared by Adli Goldenboy (@adligoldenboy)

"Takpa. Mungkin anda dah lakukan yang terbaik membawa nama Malaysia.
"Korang nak menyaksikan perlawanan begini di bumi Malaysia tak? Kalau ada yang hadir memberikan sokongan saya akan mula berlatih dan bersama-sama barisan saya akan turun buat comeback tahun 2025.
"Anda sudah bersedia? Terus ikuti Malaysiaku! Kita lawan." katanya menerusi laman Instagramnya hari ini.
#Tinju #Adli Hafidz Mohd Pauzi #'Aisar #Khaled
;