Skip to main content

Sepak Takraw

Pesuruhjaya Sukan Malaysia sambut baik usaha PSM bergelar 'Persekutuan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psm_2.jpg
Susulan keputusan sebulat suara Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk menukar nama mereka menjadi Persekutuan Sepaktakraw Malaysia.

Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Suhardi Alias, menyambut baik usaha PSM itu, namun berkongsikan bahawa terdapat beberapa proses yang perlu dilalui mereka sebelum perkara itu dapat direalisasikan.

"Selepas laporan ini dihantar, jawatankuasa teknikal akan bersidang di Pesuruhjaya Sukan dan melihat beberapa aspek utama dalam laporan itu.

"Antaranya yang akan diteliti dalah tadbir urus yang baik, demokrasi dalam pemilihan dan juga laporan kewangan yang taratur.





"Jika berjalan lancer, selalunya pindaan itu akan diluluskan dan boleh menggunakan nama Persekutuan sebaik mendapat kelulusan bertulis daripada Pesuruhjaya Sukan," katanya.

Suhardi menambah bahawa lampu hijau untuk menggunakan 'Persekutuan' itu bergantung kepada dokumen dan keputusan dalam mesyuarat jawatankuasa.

Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, PSM bakal bergelar sebagai 'Persekutuan Sepaktakraw Malaysia' dalam masa terdekat.

"PSM perlu mengekalkan nama mereka sehingga mendapat kebenaran menukar dalam Waktu terdekat, kerana mesyuaran yang berlangsung akan dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut perlembagaan persatuan." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video