Pesilat negara muncul juara dunia atasi wakil Indonesia

Muzaffar Musa
Disember 21, 2024 21:17 MYT
Pesilat negara, Ahmad Fauzan Abdul Hadi, muncul juara dunia apabila mengungguli acara silat kreatif tunggal putera dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia di Abu Dhabi, Emiriah Arab bersatu (UAE) sebentar tadi.
Dalam aksi final berkenaan, Ahmad Fauzan memikat hati juri dengan memperoleh 9.960 mata untuk menewaskan wakil Indonesia, Syarief Hidayatullah Suhaimi, yang memperoleh 9.940 mata.
Ia, sekali gus, memberikan emas pertama negara pada hari pertama kempen edisi ini.
#Silat #Ahmad Fauzan Abdul Hadi #Kejohanan Pencak Silat Dunia
;