Kejohanan Golf Kebajikan Pekema 2025 menghangatkan suasana di Kelab Golf Palm Garden, Putrajaya apabila hampir 500 penyertaan secara keseluruhan yang dicatatkan untuk memburu peluang kejuaraan.
Sejarah tercipta kerana buat julung kalinya kejohanan ini dianjurkan di bumi semenanjung susulan sebelum ini hanya diadakan di Sabah dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500,000 termasuk kereta elektrik Donfeng Box menanti juara.
"Dalam merapatkan silaturahim dalam golongan ahli Pekema dan orang awam serta agensi kerajaan, kami melakukan ini untuk kebajikan masyarakat.
"Kami memberikan sumbangan kepada penerima yang telah disenaraikan, kami berharap sokongan orang ramai." katanya.
Selain diangkat sebagai antara Kejohanan Golf Amatur terbesar di negara tahun ini, ia juga menjadi platform saluran sumbangan kepada rumah kebajikan serta pembiayaan pelbagai inisiatif pembangunan komuniti.
Cuaca terik pada sesi petang hari pertama bukan penghalang buat peserta untuk tampil bersemangat dengan pukulan cantik dalam misi meraih hadiah utama hole-in-one.
"Pertemuan dengan rakan-rakan meniaga dan golf, inilah tempat berkumpul. Pemain golf bukan hanya dari Kuala Lumpur tetapi juga luar negara seperti Jepun, Singapura dan Vietnam yang menyertai kejohanan ini." tambahnya.