Pertindihan tarikh acara hoki: Rodhanizam mahukan situasi 'menang-menang' buat semua pihak
Ammar Hakim
November 26, 2024 18:27 MYT
November 26, 2024 18:27 MYT
Ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan negara, Rodhanizam Mat Radzi, kekal dengan pendirian untuk mewujudkan situasi 'menang-menang' dalam permasalahan antara skuad negara dan majikan kepada pemain.
Rodhanizam memberikan jaminan, pemain negara akan kembali beraksi bersama pasukan masing-masing di Liga Hoki Malaysia bermula 12 Februari -- iaitu 10 hari sebelum liga tamat.
Jaminan itu memberi bayangan, pemain negara akan kembali ke pangkuan pasukan untuk aksi-aksi terakhir liga serta Piala TNB -- andai pasukan mereka layak ke pentas final.
Skuad hoki dalam dewan negara dijadual berangkat ke Austria pada 16 Januari sebagai pentas persiapan terakhir sebelum memulakan kempen Piala Dunia pada 3 Februari hadapan.