Pertarungan antara legenda tinju, Mike Tyson dan bekas Youtuber, Jake Paul, mencipta rekod yang cukup menakjubkan.

60 juta isi rumah di seluruh dunia menonton secara langsung pertarungan Paul lawan Tyson.

Acara mega sukan tinju itu mendominasi media sosial dan memecahkan pelbagai rekod sebagai acara yang paling banyak ditonton secara langsung menerusi penstriman.


Hampir 50 juta isi rumah di seluruh dunia menonton secara langsung untuk acara utama bersama Amanda Serrano lawan Katie Taylor -- pertarungan itu berkemungkinan menjadi acara sukan wanita profesional yang paling ditonton dalam sejarah Amerika Syarikat.