Skip to main content

Hoki

Persembahan S. Kumar harus diberikan pujian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

25617skumar.jpg
Penjaga gol skuad hoki negara, S. Kumar, wajar mendapat pujian selepas berjaya menghalang pakar pukulan sudut penalti Argentina, Gonzalo Peillat, daripada berpesta gol.

Ia situasi berbeza selepas pemain pertahanan itu meledak empat gol ketika membelasah Malaysia di peringkat kumpulan.

Ternyata, Kumar dan pelari pertama negara melaksanakan tugas dengan cemerlang walaupun satu daripada peluang itu menghasilkan gol untuk Argentina -- itupun menerusi lantunan semula.

"Kami telah berjaya mengekang percubaan Peillat. Kami telah menganalisis gerakannya dan pelari pertama kami berjaya memberikan tekanan kepadanya," kata Kumar.

Gol kedua Argentina dihasilkan menerusi penyerang, Manuel Brunet, pada minit ke-34.

Malaysia tidak mengalah dan melancarkan serangan bertali arus sehingga dihadiahkan pukulan strok penalti yang disempurnakan oleh Fitri Saari.

Di penghujung permainan, Malaysia terus mengasak, namun tidak cukup untuk mengheret perlawanan ke penalti shoot out, sekali gus akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat untuk merebut tiket ke final Liga Dunia.

Apa yang menarik, semangat juang Malaysia turut menarik perhatian penyokong England.

Advertisement

Must Watch Video