Persatuan Ping Pong Selangor menuntut penjelasan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) ekoran tidak telus mengendalikan isu dalaman badan induk tersebut.
Ia susulan kegagalan PJS memberikan maklum balas selepas tujuh hari aduan rasmi dikemukakan mengenai tampuk kepimpinan yang diambil alih tanpa melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang sah.
"Kami mahu menjalankan AGM pada 3 Mei. Sebelum itu, kami mengadakan mesyuarat exco terlebih dahulu.
"Presiden mengesyaki bahawa ada individu bukan ahli mahu datang AGM.
"Presiden membuat keputusan untuk menangguhkan AGM.
"2 jam kemudian, ada satu surat tular memampangkan ahli jawatankuasa yang baru," kata Setiausaha Kehormat, Lim Kian Aik, kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
Begitupun, Ketua PJS, Suhardi Alias, meminta Persatuan Ping Pong Selangor menyelesaikan kemelut tersebut mengikuti saluran yang betul sebelum merujuk kepada pihaknya.

Pengambilalihan AJK baru tidak sah?
— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) June 3, 2025
Persatuan Ping Pong Selangor kemuka aduan tuntut siasatan terperinci oleh PJS.
More on Nadi Arena malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/iX8TYeTpO9