Skip to main content

Sukan Lain

Persatuan Pickleball Sibu galak sukan pickleball di Sekolah Menengah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pickle.jpg
Persatuan Pickleball Sibu (SPA) sedang giat memperkasakan sukan pickleball dengan memperkenalkannya kepada pelajar di peringkat sekolah menengah menerusi penubuhan kelab di 10 sekolah terpilih.

Menurut Presiden SPA merangkap ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, inisiatif ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada sukan baharu yang interaktif dan menyeronokkan, sambil meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Setiap penyertaan juga akan menyumbang kepada mata kokurikulum pelajar.

Sekolah-sekolah terlibat seperti SMK Sacred Heart, SMK Methodist, Catholic High School, dan SMK St Elizabeth telah menerima set lengkap peralatan pickleball bagi memulakan latihan dan aktiviti kelab. Ini termasuk pemukul, bola khas dan jaring mudah alih.

SPA turut merancang untuk menganjurkan Kejohanan Pickleball Antara Sekolah Sibu menjelang hujung tahun ini sebagai platform pembangunan bakat dan pendedahan kompetitif kepada pelajar. Sebagai tambahan, SPA memperuntukkan RM3.05 juta melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pembinaan gelanggang pickleball tertutup di Arena Sukan Bukit Lima.

Usaha ini dijangka akan menjadikan Sibu sebagai pusat tumpuan bagi perkembangan pickleball di Sarawak.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video