SUKAN-LAIN
Permintaan tinggi, pengalaman jurulatih Malaysia sememangnya jadi rebutan
Bekas ratu boling kebangsaan, Datuk Shalin Zulkifli, melihat situasi semakin ramai jurulatih tempatan berkelana ke luar negara sebagai petanda positif kerana khidmat yang diakui beberapa negara.
Menurutnya, secara kesimpulan Malaysia melahirkan individu yang mempunyai pengalaman tersendiri, selain Malaysia memiliki kepakaran menarik yang ditagih bagi membantu skuad tersebut terus melangkah ke hadapan.
"Ini bukan perkara baru. Salah satu sebabnya ialah, kebanyakan atlet negara sangat berkualiti dan menterjemahkan segala pengalaman ke bidang kejurulatihan.
Iklan
"Permintaan memang tinggi," katanya di Nadi Weekend.
Perkara tersebut juga diakui oleh legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, yang menganggap tiada kerugian sekiranya mereka memilih untuk menabur bakti ke luar negara.
Ia sedikit sebanyak menjadi nilai tambah kepada perkembangan sukan negara seandainya jurulatih tersebut kembali ke Malaysia suatu hari nanti.
"Sentiasa ada peluang untuk mereka kembali semula ke tanah air.
"Mereka mahu mendapatkan pengalaman di tempat lain. Ia kerap berlaku.
"Malaysia harus memulakan proses melahirkan jurulatih berkualiti dan itu perlu dijadikan sasaran utama negara," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Must-Watch Video