Presiden persatuan kriket Malaysia, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali, menegaskan bahawa dia telah mengadakan perbincangan beberapa bulan lepas bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk membincangkan secara menyeluruh mengenai hasrat pengukuhan sukan kriket daripada segala aspek menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028 nanti.
"Saya sudah bercakap bersama menteri, serta YB Adam Adli dimana perlu ada usaha daripada KBS dan MSN untuk berikan lebih perhatian kepada sukan kriket.
Sementara itu, naib kapten persatuan kriket malaysia, Syed Aziz Syed Mubarak, tidak gentar berdepan mana-mana pasukan dan bersedia memberikan segala-galanya untuk memastikan skuad negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik akan datang nanti.
"Saya rasa sangat bagus dapat beraksi bersama negara besar seperti India mahupun Pakistan.
"Ia adalah peluang untuk Malaysia tunjukkan pada dunia bahawa kita juga boleh bersaing di peringkat tertinggi." Katanya kepada Nadi Arena.