OLIMPIK TOKYO
Perlu ada seorang gimnas iringi Farah Ann
Jurulatih skuad gimnastik negara, Ng Shu Wai, berkata gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi, memerlukan pasangan untuk mengiringinya dalam Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Ketika ini, Tracie Ang dan Tan Ing Yueh dilihat calon paling sesuai untuk menjadi seorang lagi wakil negara ke temasya itu selepas Farah Ann mengesahkan kelayakannya menerusi Kejohanan Dunia di Jerman, Oktober lalu.
Justeru, Kejohanan Asia di Jepun, Mei depan dilihat sebagai peluang terbaik untuk menempatkan sorang lagi wakil negara ke Tokyo.
"Sebenarnya, masih ada dua slot dalam Kejohanan Asia.
"Jadi, kami perlu fokus terhadap acara all-around dan mempunyai rutin yang betul-betul stabil.
"Mereka perlu yakin terlebih dahulu, barulah mereka boleh layak," katanya.
Begitupun, Majlis Sukan Negara (MSN) ketika ini hanya menumpukan kepada persediaan Farah Ann untuk ke temasya itu.
"Mereka memang hendak melayakkan diri seperti Farah walaupun gagal di Jerman.
"Sebab itu kami mula menyertai kejohanan tahun ini dengan agak lewat.
"Kami mahu mereka melupakan duhulu apa yang berlaku di Jerman.
"Kami menguatkan kembali mental dan memperbaiki rutin mereka," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa