MUAY THAI

Perempuan pun kau nak tumbuk, mari tumbuk aku -- Johan Ghazali

Najmi Iman 01/04/2025 | 02:10 MYT
Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, berang dengan tindakan seorang lelaki yang melepaskan tumbukan kepada seorang pemandu wanita terhadap insiden yang tular di Senawang, Negeri Sembilan dua hari lalu.
Memetik laporan media tempatan, lelaki tersebut menumbuk kepala mangsa sebanyak dua kali selain menendang di bahagian perut wanita berkenaan.
Punca kepada kejadian tersebut berlaku ialah lelaki yang difahamkan seorang tentera itu berbuat demikian kerana anaknya dilanggar oleh wanita tersebut, namun orang ramai menganggap ia adalah kecuaian daripada lelaki itu sendiri yang melintas di kawasan larangan.
Saksi yang melihat insiden itu mengatakan bahawa wanita itu baru sahaja keluar daripada simpang dan memandu dalam keadaan perlahan.
Suspek tetap mencederakan mangsa ekoran anaknya bertembung dengan kereta tersebut.
undefined
Menurut penjelasan ahli keluarga, penglihatan wanita itu terhad selepas keluar daripada simpang dan tidak perasan akan kelibat lelaki dan anaknya itu kerana ia merupakan jalan utama tanpa lintasan belang.
Meskipun telah ditahan oleh pihak polis, orang ramai tetap tidak berpuas hati dengan kelakuan lelaki itu yang melepaskan kemarahan termasuk menarik perhatian atlet tinju sensasi negara itu.
Dalam erti kata lain, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo mencabar suspek berkenaan untuk berjumpa dengannya kerana tidak berpuas hati dengan insiden itu.

"Bangang punya manusia perempuan itu pun kau nak tumbuk, aku rembat muka kau, mari tumbuk akulah jahanam," katanya di ruangan komen media tempatan.

#Muay Thai #Jojo #Johan Ghazali Zulfikar