Skip to main content

Olimpik

Perebutan tiket Universal ke Sukan Olimpik Paris semakin hangat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yeke.jpg
Siapakah yang berjaya dapatkan tiket Universal untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024?

Perebutan di antara dua atlet sensasi negara, Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy semakin menjadi tumpuan utama memandangkan slot tersebut hanya membenarkan seorang pelari sahaja boleh mewakili negara dalam acara olahraga.

Difahamkan, Kesatuan Olehraga Malaysia (KOM) perlu menghantar nama kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum 30 Jun sebelum keputusan akhir dihantar kepada Majlis Olimpik Antarabangsa sebelum 8 Julai.

Ketika ini, nama pelari kelahiran Teluk Intan itu menjadi pilihan utama meskipun menerima tekanan daripada netizen yang mempersoalkan catatan masanya dalam dua kejohanan terakhir.

Shereen pula berada di landasan terbaik untuk meneruskan rentak kecemerlangan apabila sering mendominasi acara kegemarannya dan turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak untuk mewakili negara dalam sukan berprestij itu.

Advertisement

Must Watch Video