Jurulatih powerlifting negara, Kelvin Lam, bersama anak buahnya berkongsi mengenai nasib yang dialami oleh mereka ketika sedang mewakili negara dalam pertandingan dunia.
Luahan terbuka dibuat supaya sampai ke pengetahuan pihak berwajib Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Saya minta Persatuan Powerlifting Malaysia (MAP) menentukan jumlah sumbangan.
"Saya ada teman Max ke kejuaraan dunia. Perbelanjaan melebihi RM12,000.00 seorang. Ketika di Uzbekistan, hampir RM7,000.00," katanya.
"Sekarang, belum terima satu sen daripada KBS," luah atlet powerlifting kategori terbuka bawah 105kg, Loh Cen Hao.
"Dana ialah perkara paling penting bagi kami. Semua perbelanjaan datang daripada duit kami sendiri. Saya mengharapkan kerajaan dapat membantu kami," kata atlet powerlifting kategori bawah 93kg.
Sementara itu, kapten powerlifting negara, Amirah Nursaidah, merupakan individu yang banyak memberi motivasi kepada atlet-atlet meskipun dilanda masalah kewangan.
"Saya tahu mereka sentiasa bekerja keras daripada dahulu lagi," katanya.
Timbalan presiden MAP, Kenneth Kaden Chin, memuji semangat anak buahnya yang tampil dengan disiplin tinggi meskipun berdepan kekangan dana.
"Pasukan Malaysia sedang melakukan peningkatan ketara. Kami bersedia sepenuhnya tahun ini untuk melangkah lebih jauh dalam pencapaian," katanya.
Selepas ini, Max dan Cen Hao akan menyertai Kejohanan Powerlifting Asian 2025 yang diadakan di Istanbul, Turki, bermula 1 hingga 10 Disember depan.
Najmi Iman
Sun Jan 05 2025