Perasaan ingin cuba kelainan bawa Thamaraj sertai dunia persilatan
Saufi Tahir
Disember 24, 2024 20:35 MYT
Disember 24, 2024 20:35 MYT
Transisi daripada kancah Taekwondo ke pencak silat mengangkat nama V.Thamaraj di persada dunia selepas merangkul pingat emas di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 di Abu Dhabi, UAE, kelmarin.
Skuad senior berjaya meraih enam pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa, manakala skuad remaja pula meneruskan momentum itu dengan menyumbang lima emas, empat perak dan empat gangsa.
Pesilat kelahiran Sungai Petani itu menumbangkan pesilat dari Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyobek, yang sebelum ini pernah bertemu dalam kejohanan lain namun pertempuran itu terpaksa dibatalkan.
"Pihak lawan pernah tewaskan saya di Kejuaraan Asia sebelum ini susulan pelanggaran peraturan dan saya memang meletakkan sasaran jika berdepan dia kali ini maka saya mahu menang.
"Saya pilih silat sebab sebelum ini tempat kami berlatih bersebelahan, saya taekwando dan kawan-kawan saya berlatih silat. Saya nak cuba kelainan dan cuba silat.
"Taekwando dan silat kedua-duanya seni mempertahankan diri silat banyak kepada seni tetapi masing-masing ada kelebihan sendiri.
"Saya berlatih dengan jurulatih yang merupakan dunia jadi mudah buat saya mengadaptasi peraturan dan teknik silat.," katanya.
Juara dunia acara olahraga Puteri-D kategori 60 hingga 65 kilogram, Siti Shazwana, pula mengakui terharu mengenangkan perjalanan untuk menggenggam pingat emas impiannya itu penuh berliku.
Menurut Shazwana, gelaran juara dunia itu didedikasikan kepada arwah ibunya yang banyak memberikan sokongan sehingga dia mampu untuk menamatkan kempen kejohanan dunia ketiganya itu dengan penuh bermakna.
Ketibaan pulang skuad pencak silat negara dari Kejohanan Dunia yang berlangsung di Abu Dhabi semalam. Sekalung tahniah kepada Juara Dunia acara Bebas Putera, V. Thamaraj dan Siti Shazwana Ajak bagi acara Olahraga Puteri D. Congratulations, guys! ?@ASTROARENA pic.twitter.com/KIqlzfiqYd
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) December 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kejayaan saya ini saya tanamkan dalam hati buat arwah ibu saya kerana ini adalah impian dia. Arwah ibu saya pernah lihat saya menang pingat perak tahun lepas tetapi kali ini dia tidak dapat lihat.
"Saya yakin saya menang ini kerana semangat dia. Jika diberikan peluang untuk beraksi saya mahu beraksi di Sukan SEA nanti." tambahnya.