Idham Amin yang turun bergandingan bersama Nurshafila Omar dan Amirul Danial Abdul Rahim, berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Mixed Triples Open Bawah 25 Tahun anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Kompleks Boling Padang, Bukit Kiara.
Kejohanan yang berlangsung sejak 12 Disember itu melabuhkan tirai pada awal petang tadi dengan MPK 'B' ditabal sebagai juara sekaligus bawa pulang hadiah kemenangan RM5,000 selepas membenam cabaran Perak 'A' yang diwakili oleh Ali Imran Ahmad Ridzuan, Danish Nasrullah dan Nur Izzati Rosli yang terpaksa berpuas hati dengan hadiah kemenangan RM3,000.
Dalam aksi final, MPK 'B' menang besar dengan jurang 15 berbalas 8 mata selepas mereka lepasi cabaran Selangor 'A' di separuh akhir juga dengan keputusan memberangsangkan, 17-8.
Tempat ketiga bersama turut dimenangi oleh SSMT 'C' yang tewas 7-17 kepada naib juara, Perak 'A'.
Idham yang baru-baru ini merangkul dua pingat di Kejohanan Remaja Dunia Bawah 25 Tahun di Glasgow, iaitu Perak bagi acara perseorangan lelaki dan Gangsa bagi acara berpasangan campuran.
Daeng Dhadyry Dahasry
Sun Dec 17 2023