Skip to main content

Sukan Lain

Perak bukan sebarang perak…

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng.jpg
Atlet rejam lembing wanita Sarawak, Ng Jing Xuan, meraikan pingat perak yang penuh bermakna dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina hari ini.

Dalam kejohanan yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mei 2025 di Stadium Olahraga New Clark City, atlet berusia 20 tahun itu melakukan lontaran 49.11 meter (m) untuk berada di kedudukan kedua terbaik, di belakang atlet Thailand, Jariya Wichaidit, yang merekodkan 52.29m untuk pingat emas.

Disifatkan sebagai hasil kerja keras dan sokongan luar biasa mereka yang berada di sekelilingnya, kejayaan Jing Xuan yang kini tersenarai dalam program elit kebangsaan, membolehkannya memperbaiki rekod peribadi (PB)terbaik iaitu 45.57m yang sebelum ini tertangguh ketika dia mempertahankan pingat emas di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, Ogos tahun lalu.

Jing Xuan yang memenangi emas pertama Sukma ketika penganjuran Kuala Lumpur 2022, mempamerkan peningkatan prestasi sewaktu mewakili negeri kelahirannya dalam Sukma Sarawak dengan turut memecahkan rekod kejohanan berusia 16 tahun milik seorang lagi atlet Sarawak, Ho Sin Hui, iaitu 44.98m dengan catatan baharu 45.12m, hanya kurang sedikit sahaja untuk tutup musim 2024 dengan PB yang bergaya ketika itu.

Advertisement

Must Watch Video