Skip to main content

Sukan

Penyokong Liverpool sedia adakan perarakan terbesar dalam sejarah!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpoo.jpg
Penyokong kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool, ketika ini sedang merancang untuk mengadakan perarakan gergasi terbesar dalam sejarah menjelang baki perlawanan The Reds yang kini semakin menghampiri gelaran selaku juara liga musim ini.

Kedudukan pasukan kendalian Arne Slot itu ketika ini yang berada di puncak liga dengan 79 mata, hanya satu perlawanan sahaja lagi untuk dinobatkan juara serta merangkul gelaran itu.

Berdepan dengan Tottenham Hotspur hujung minggu ini, Liverpool dijangkakan akan meraikan detik kemasyhuran itu sejurus perlawanan tersebut berakhir, seandainya kemenangan mampu dijelmakan mereka.

Seandainya Arsenal masih mampu meratah lawan mereka dengan kemenangan dalam baki perlawanan yang ada, Liverpool tetap gah dipersada liga seandainya tiga mata mampu dikutip dalam aksi mereka berdepan Spurs.

Jarak mata yang ada menyaksikan The Gunners tidak lagi mampu memintas kedudukan yang dicatatkan oleh anak-anak buah Arne Slot di persada liga.

Seandainya kejayaan ini berjaya dilakarkan oleh Liverpool, ini bermakna ia merupakan kali ke-20 kelab tersohor dunia itu menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris sejak ia dianjurkan.

Rekod itu menyamai rekod yang dipegang selama ini oleh musuh tradisinya Manchester United.

Musim Liga Perdana Inggeris 2020 adalah merupakan musim terakhir yang menyaksikan Liverpool dinobat selaku juara liga.

Liverpool dijangka akan trofi kejuaraan liga itu sejurus perlawanan terakhir mereka menentang Crystal Palace di Anfield pada 25 Mei depan.

Perarakan besar-besaran itu dijangka akan diadakan pada 26 Mei bermula jam 4.00 petang dan bakal merentasi perjalanan sejauh hampir 15 kilometer di sekitar banda Liverpool dan bakal diarak menggunakan tiga buah bas tanpa bumbung.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video