Skip to main content

Sukan Lain

Penyertaan Nepal, Iran rancakkan Kejohanan Dodgeball Asia 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dod.jpg
Setiausaha Agung Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), Dasataran V. Suramaniam, berkongsikan beberapa cabaran sebagai tuan rumah dalam penganjuran Kejohanan Dodgeball Asia 2025 di Kuala Lumpur kali ini.

Malah, dia turut melihat daripada sudut positif dengan penyertaan beberapa negara yang sedang membangun dalam sukan dodgeball seperti Iran dan Nepal.

"Sukan Dodgeball telah berada di Malaysia hampir 15 tahun sejak 2009, malah sejak 2023 saya rasa sukan ini menarik minat.

"Cabaran utama (penganjuran) adalah mencari lokasi, kami bertuah dapat tempat kali ini. Edisi kali ini kita dapat negara Asia yang baru membangun dalam sukan ini seperti Nepal, Iraq dan Iraq akan turut serta.

"Saya rasa Malaysia boleh mempamerkan corak persembahan yang elit. Kita sebagai tuan rumah tidak mahu kecewakan pasukan pelawat. Kami mahu cari tempat penginapan dan latihan yang mencabar.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perasaan dengan bakal turun sebagai wakil tuan rumah, juara dunia tiga kali, Ng Chee Keong, berkongsikan: "Saya berbangga dapat menganjurkan kejohanan ini dan bangga mewakili negara.

"Tekanan memang ada tetapi sebagai juara dunia tiga kali,kami mahu mempertahankan kejuaraan di laman sendiri.

"Kami mahu menguasai digital dodgeball dan di lapangan juga, kami akan melihat lebih ramai pemain muda, itu antara objektif utama," tambahnya.

Kejohanan itu akan membuka tirai pada 20 hingga 2 November ini di Sportizza Shah Alam.

Advertisement

Must Watch Video