Skip to main content

Sukan

Penyakit Saravanan buka mata YAKEB perluas usaha kenal pasti situasi terkini bekas atlet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yakeb.jpg
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sedang meneliti kaedah baharu bagi membantu atlet yang dalam kesusahan.

Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkongsi bahawa akan ada perbincangan bersama YAKEB, Institut Sukan Negara (ISN) dan juga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam masa terdekat.

Inisiatif tersebut demi mencari penyelesaian terbaik untuk mengenal pasti atlet yang mengalami penyakit yang sama seperti pemenang pingat emas Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, G. Saravanan, iaitu Motor Neurone Disease (MND), penyakit yang sama dialami Allahyarham Mokhtar Dahari (Supermokh).

"Saya sudah berbincang dengan Ahli Lembaga Pengarah YAKEB untuk melihat bagaimana kami mencari solusi merawat penyakit Saravanan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Susulan pelbagai saluran bantuan yang diterima, Shapawi bagi pihak YAKEB berterima kasih kepada semua yang prihatin melakukan kebajikan terhadap Saravanan.

Dalam masa sama, YAKEB bakal menggunakan pendekatan baru untuk melantik wakil persatuan setiap negeri yang bertanggungjwab mengumpul maklumat berkenaan keadaan bekas atlet negara.

"Untuk mendapat maklumat, perlu ada satu perhubungan yang berterusan. 

"Ini adalah usaha untuk terus mendapatkan informasi terkini mengenai situasi semasa bekas atlet menerusi penggerak yang dilantik seluruh negara," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video