SUKAN LAIN

Pengorbanan Nauraj buahkan hasil

Ammar Hakim 23/08/2021 | 11:00 MYT
Pengorbanan jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh, yang terpaksa memandu lebih 400 kilometer membuahkan hasil apabila meraih pingat emas Kejohanan CAS Antarabangsa di Luxembourg.
Ia kejayaan ketiga Nauraj sejak berhijrah ke Jerman, setahun lalu.
Pengorbanan Nauraj berbaloi apabila berjaya melepasi ketinggian 2.18 meter untuk menewaskan enam pencabar lain di Luxembourg.
Kejayaan itu cukup berbaloi kerana dia perlu menguruskan semua aspek termasuk pendaftaran secara sendirian walaupun terpaksa memandu selama tujuh jam.
"Selepas setahun berkelana di Jerman membuatkan saya makin selesa. Lebih banyak saingan yang disertai membuatkan lebih mengenali kemampuan lawan sekaligus meningkatkan tahap keyakinan dalam usaha memenangi kejohanan," kata Nauraj.
#Nauraj Singh
;