OLAHRAGA
'Pengganti Usain Bolt' berusia 17 tahun catat larian bawah 10 saat dua kali dalam tempoh satu hari!
Bintang meningkat atlet olahraga, Gout Gout, yang dicanang 'pengganti Usain Bolt' selepas melakukan catatan bawah 10 saat dalam acara 100m dua kali dalam tempoh satu hari yang sama.
Atlet berusia 17 tahun itu, yang tidak pernah melakukan catatan tersebut, melakukan larian 9.99 saat dalam saringan bagi acara 100m bawah 20 tahun sebelum melakukan masa yang sama dalam final ketika Kejohanan Olahraga Australia di Perth Khamis lalu.
Gout meraikan kemenangan sambil meniru gaya Bolt apabila melintasi garisan penamat sebagai pemenang dan menjadi pelari Australia yang ketiga melakukan larian bawah 10 saat.
Iklan
Bagaimanapun, catatan tersebut bukanlah yang rasmi berikutan bantuan angin yang dibenarkan IAAF.
Berdasarkan undang-undang Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), hanya catatan masa yang dilakukan di bawah bantuan angin +2.0m/s sahaja yang akan diiktiraf.
Catatan masa Gout dalam saringan memperoleh bantuan angin 3.5m/s manakala di final pula dengan 2.6m/s bantuan angin.
Namun kebolehan atlet muda dari Queensland itu melakukan catatan 9.99s cukup untuk membuktikan potensinya cukup besar.
Must-Watch Video