Skip to main content

Sukan Lain

Penganjuran Ragbi Super School Malaysia ekosistem sukan ragbi peringkat akar umbi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ssr.jpg
Bukan sekadar keuntungan, lebih sebagai langkah awal dalam menzahirkan ekosistem sukan ragbi akar umbi yang mampu berkembang dan memiliki nilai komersial yang tinggi.

Itu matlamat utama penganjur Kejohanan Ragbi Super School 2025, Enervive Sports, susulan inisiatif jualan tiket kepada penonton yang ingin menyaksikan saingan suku akhir kejohanan tersebut pada 12 dan 13 Julai depan.

Selain dapat menyaksikan perlawanan yang menarik, penonton juga boleh menyumbang RM5 daripada setiap pembelian tiket untuk disalurkan terus kepada pasukan pilihan pembeli.

Malah, Taman Ekuestrian Putrajaya yang dipilih menjadi venue perlawanan juga diubahsuai dengan fasiliti terbaik bagi memastikan penonton dapat disajikan dengan pengalaman menonton ragbi dalam suasana kelas pertama.

Advertisement

Must Watch Video