Pengalaman Mike Mahen cukup berharga buat MBBF


Mac 22, 2024 10:27 MYT
Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Mejar Jeneral (B) Datuk Dr. Ahmad Badrus Othman, mahu melihat jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, untuk terus mencurahkan pengalamannya untuk masa depan sukan.
Syarul Azman yang turut mesra disapa Mike, mengambil keputusan untuk bersara selepas lebih 20 tahun bergelar atlet bina badan negara.
Menerusi sidang media, Mike berkata, "Saya mengalami kecederaan kaki (lutut kanan) dan bahu sejak 2001 lagi.
"Sudah lama saya menanggung kesakitan, namun kerana sayangkan sukan ini, saya gagahkan diri demi negara.
"Setelah lama berfikir, ini masa sesuai untuk saya bersara," katanya.
"Kini sudah tiba masa untuk saya mencurahkan pengalaman yang dimiliki kepada atlet bina badan yang lain.
"Sejak tahun lalu saya setelah tamat saingan di Nepal, saya telah mula memikirkan kebarangkalian untuk beraksi tahun ini, namun saya perlu mengambil keputusan untuk bersara.
"Ramai yang tidak mengetahui persiapan untuk menjalani kejohanan bina badan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi, masa, latihan serta daripada segi pemakanan."
"Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan selama ini."
Persaraan Mike menyaksikan dia kini dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sports Physique Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).
"Pengalaman yang dimiliki Mike cukup berharga dan kami berharap dia dapat terus menabur pengalaman kepada barisan atlet-atlet bina badan negara yang lain untuk terus ke hadapan."
#Bina Badan #Mike Mahen #Syarul Azman Mahen Abdullah
;