HOKI
Pengalaman di Croatia azimat hoki dalam dewan hadapi Sukan SEA Thailand
Legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, menyifatkan penampilan pertama skuad kebangsaan dalam Piala Dunia Hoki Dalam Dewan sebagai satu kempen yang membuka mata ramai meskipun kem negara menamatkan saingan di kedudukan ke-11 daripada 12 pasukan.
Teputusan itu tidak wajar dianggap sebagai satu kegagalan, sebaliknya menjadikan ia sebagai satu pengalaman berharga buat pemain yang beraksi di pentas tertinggi dalam kemunculan pertama.
"Piala Dunia merupakan pendedahan yang begitu baik untuk pasukan negara menghadapi sukan sea aka datang.
Iklan
"Saya harap penyertaan di Croatia dapat memberikan pengalaman kepada pemain-pemain," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Bersaing dalam kalangan pasukan gergasi dunia termasuk Jerman dan Austria memberi gambaran jelas mengenai tahap dan prestasi sebenar pasukan.
Dia turut melaungkan keyakinannya terhadap kemampuan kem negara dalam menakluk pentas Asia Tenggara untuk meraih pingat emas kerana mengambil kira sasaran itu realistik berdasarkan prestasi semasa pasukan.
Bagaimanapun, dia tidak menolak kenyataan bahawa setiap pihak berwajib termasuk badan persatuan negeri perlu memainkan tanggungjawab penting dalam mengasah ketajaman serangan dan benteng pertahanan kem negara sebagai langkah merealisasikan misi tersebut.
Diharapkan bukan sahaja KHM melakukan, tetapi semua pemegang tearuh; persatuan negeri dan sekolah-sekolah mempergiatkan sukan hoki hoki dalam dewan.
"Kita perlu cungkil lebih ramai pemain yang bersedia untuk mewakili negara pada suatu hari nanti," katanya.
Must-Watch Video