Skip to main content

Sukan Lain

Penerjun negara kena keluar dari zon selesa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penerjun-negara.jpg
Pengarah Teknikal Skuad Terjun Negara, Yeoh Ken Nee, melihat jurang dalam prestasi pasukan kebangsaan masih jauh ketinggalan di belakang negara-negara lain di pentas antarabangsa.

Keputusan Piala Dunia Terjun Mexico 2025 menyaksikan kem negara gagal untuk mencuri sebarang slot ke pentas final selepas dua wakil dalam pusingan kelayakan, Datuk Pandelela Rinong, dan Enrique Harold terkandas di kedudukan ke-13.

Namun, Ken Nee percaya terdapat peningkatan dalam pencapaian jumlah mata terkumpul meskipun keputusan itu masih belum mencukupi untuk melepasi tahap jangkaan yang ditetapkan.

"Secara dasarnya penerjun negara menunjukkan kemajuan berpandukan pemarkahan minimum. 

"Tetapi kalau dibandingkan (prestasi) selama setahun ketika Kejohanan Dunia di Doha, atlet negara meraih catatan minimum yang ditetapkan cuma mungkin pencabar yang lain beraksi lebih baik daripadanya ketika kejohanan atau mungkin juga mereka bertambah maju tahun ini," katanya. 

Jika dinilai daripada aspek kesukaran terjunan, jelas sekali penerjun negara perlu lebih berani untuk melangkaui tahap yang lebih tinggi dan keluar daripada zon selesa untuk berpotensi menyamai cabaran yang disajikan penerjun lain.

"Darjah kesukaran kami agak rendah berbanding negara lain, penerjun dari Mexico juga telah menaikkan darjah kesukaran mereka. 

"(Program menaikkan darjah kesukaran) akan melibatkan penerjun baru sementara Pandelela yang merupakan atlet senior jadi dia perlu mengekalkan ketekalannya," katanya. 



 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video