Pendayung Malaysia, Muhammad Shukri Sulaiman berjaya merangkul pingat emas pertama untuk Malaysia di kejohanan mendayung peringkat Asia dalam acara single scull CM1X lelaki di Kejohanan Asian Rowing Masters Coastal RegaƩa 2023 di Qingdao, China, hujung minggu lalu.
Berusia 44 tahun, anak jati Pulau Pinang ini merupakan bekas atlet mendayung sukan SEA negara, menamatkan saingan mencabarnya dalam jarak 1.6km dengan catatan masa 10 minit 33.19 saat dalam kategori Masters C (had umur 43-49) diikuti oleh Wang xuegang dan Lin Yi dari China di tempat kedua dan ketiga.

Kontingen Malaysia terdiri dari 3 lelaki dan 3 wanita ini, di mana ada 3 orang merupakan atlet mahasiswa dan mahasiswi dan serta sukan universiti turut berjaya merangkul dua lagi pingat gangsa menerusi Nur Afiqah Zamia dalam acara Masters A (age 27-35) Single Scull Wanita CW1X.
Dan acara Masters A mixed coxed quad CMix4X, yang terdiri daripada pendayung Mohd Arif Ashraf (UTHM Johor), Nur Afiqah Zamia (UTHM, Johor), Nurafika Nordin (Selangor), Muhammad Aiman Aziz (UMT, Terengganu) dan coxswain Nurul Amira Norhadi (Selangor).
Presiden Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama), Norhadi Ishari berkata, ini merupakan kali ketiga Malaysia menyertai kejohanan coastal rowing.
Kemenangan atlet Malaysia dalam kejohanan Asia Masters ini memberi peluang dan harapan kepada Perdama dalam pencarian pingat emas Sukan Sea dan kelayakan ke Sukan Olimpik .