Ketua jurulatih renang negara, Paul Birmingham, menganggap tiga pingat emas yang diraih secara keseluruhan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sudah mencukupi untuk menyamai pencapaian di Sukan SEA Singapura 2015.
Skuad renang negara berjaya mengumpul tiga emas secara keseluruhan menerusi Welson Sim bagi acara 200 meter dan 400m gaya bebas lelaki serta Phee Jinq En dalam acara 100m kuak dada wanita.
Meskipun mereka sepatutnya raih satu lagi emas daripada juara bertahan acara 100m kuak dada lelaki, Wong Fu Kang, namun prestasi tidak konsisten perenang itu menyekat harapan negara untuk menambah pingat.
Bagi Paul, dia tetap memuji keazaman barisan anak buahnya, terutama Welson yang cemerlang dalam dua acara yang dimenangi.
"Saya rasa kami agak berpuas hati. Ada beberapa perenang lain yang berjaya meraih pingat di luar jangkaan kami. Kami melakar lima rekod kebangsaan dan tiga rekod Sukan SEA. Senario agak positif ketika ini," ujar Paul.
Bagi acara 1500m, Welson sekadar menamatkan aksi di tempat keempat dengan catatan 15 minit 45.31 saat, namun ia sudah dijangka kerana bukan senang untuk memberikan fokus kepada ketiga-tiga acara itu dalam satu masa sebaliknya memerlukan pengorbanan dalam salah satu bahagian.
"Saya memberi fokus terhadap acara 200 dan 400 meter kerana peluang saya lebih baik untuk meraih emas. Saya cuba bertahan dalam acara 1500m dan lihat apakah keputusannya, saya sudah melakukan yang terbaik," kata Welson.