Penari latin negara buru gelaran juara dunia
Ammar Hakim
November 26, 2024 18:13 MYT
November 26, 2024 18:13 MYT
Penari latin nombor satu dunia, Cherry Yeo Xiau Wei, bakal berdepan cabaran terbesar sepanjang 19 tahun hidupnya.
Kali pertama berjauhan dari keluarga dan jurulatih peribadinya Chau Zjen, Cherry memikul tanggungjawab berat mengejar gelaran juara dunia buat kali pertama.
Cherry kini merupakan pelajar tahun pertama jurusan tarian profesional dan teater muzikal di London, England mengakui kesulitannya dalam menjalani latihan sendirian.
Hal itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Cherry yang belum selesai mengutip kejayaan demi kejayaan.
Selepas memegang ranking pertama dunia, Cherry menganggap ia lebih sempurna andai dia berjaya memegang gelaran juara dunia di Novi Sad, Serbia 28 November hingga 1 Disember.